• 9282
1

Fajar Pakeer

Temani Aku Cinta Oleh Aunie Ayunie

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Temani Aku Cinta Oleh Aunie Ayunie

Takdir tidak pernah silap dalam mengaturkan setiap pertemuan. Apatah lagi dalam

menyatukan dua jiwa.

CINTA KHALEEDA – Dunianya yang indah dan berwarna-warni bertukar menjadi huru-

hara selepas kepulangan Ali Firhan ke Malaysia. Dia tak suka bila Firhan terlalu

mengongkong hidupnya Firhan acah-acah nak jadi pelindungnya pula? Huh, dasar diktator tak tahu malu!

ALI FIRHAN – Walau diasak dengan kata-kata sinis dan layanan beku si adik tiri, tapi dia

tetap teguh menyayangi. Dia rela jadi watak jahat dalam hidup Cinta asalkan Cinta selalu ada di sisi.

“Cinta rasa umi dengan papa patut lupakan rancangan tu sebab Cinta tak akan kahwin dengan Abang Firhan. No way! ” – CINTA

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja umi dan papa suruh dia kahwin dengan si hitler itu. A big no! Dia serik kerana pernah ditinggalkan. Sebab itulah dia menentang sekeras-kerasnya. Tapi, Firhan tetap tenang dan pasrah tanpa bantahan.

Ternyata, takdir punya rencana tersendiri. Firhan nekad mahu melafazkan akad selepas satu insiden yang buat dia hampir kehilangan Cinta.

“Mungkin abang dilahirkan untuk menjadi abang tiri dan suami you.”- FIRHAN

Namun, rahsia yang terungkap menjadikan Firhan seorang lelaki heartless. Kisah hitam itu menjadi punca retaknya mahligai yang dibina.

Tiada lagi bicara manis. Tiada lagi ungkapan romantis. Hanya kebencian dan kata-kata nista

menjadi dendangan halwa telinga. Mampukah Cinta bertahan sedangkan jiwanya mula lelah?

Bagaimana dia mahu terus mencintai andai hatinya mula mempersoalkan sumpah setia yang pernah Firhan ungkapkan? Dia buntu...

Pada indahnya lukisan hati, ada lara yang tidak terzahir.

Adakala derita itu perlu kerana cinta adalah tentang siapa yang mampu bertahan hingga ke akhir?

"Maybe I'm too late to be your first. But, now I'm preparing myself to be your last."

Pergilah duka! Dia cuma ingin ditemani bahagia...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara adik tiri dan abang tiri
  • Perkahwinan yang diatur oleh keluarga
  • Konflik rumah tangga dan ujian kesetiaan
  • Rahsia masa lalu yang menggugat hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari tema kahwin paksa
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta penuh konflik dan emosi
  • Peminat cerita keluarga, rahsia masa lalu dan hubungan toksik

Maklumat Buku

  • Penulis: Aunie Ayunie
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222075
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan