• 8778
1

Al-Hidayah

Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu Jilid 2

Regular price
RM 56.00
Sale price
RM 56.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu Jilid 2

Di dalam kitab suci al-Quran al-Karim, terdapat 89 tempat di mana ayat-ayatnya dimulakan dengan ungkapan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu...: Semuanya merangkumi 20 pelbagai surah-surah dalam al-Quran. Ayat seruan yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman...' ini merupakan seruan dan ajakan khas oleh Allah S.W.T terhadap golongan yang beriman dengan-Nya. lbnu Mas'ud RA berkata:"Apabila kamu semua mendengar firman Allah S.W.T yang berbunyi 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu,' maka dengarlah dengan teliti kerana padanya mengandungi kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang ditegah olehnye Ayat-ayat yang dimulakan oleh "Wahai orang-orang yang beriman" juga termasuk dalam kategori surah Madaniyyah iaitu merujuk kepada surah-surah yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah Munawwarah.

Buku ini mengumpulkan seruan-seruan tersebut dalam 2 jilid merangkumi pelbagai aspek dan hukum hakam yang berkaitan dengannya, serta huraiannya dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dimulakan oleh seruan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu' seperti tafsiran oleh ayat-ayat al-Quran yang lain, huraian hadis-hadis Rasulullah SAW, penjelasan oleh Sirah Nabawiyyah dan pengajaran yang dapat dipetik daripadanya.

Seruan Allah S.W.T mengenai orang-orang yang beriman (mukmin) yang terdapat di dalam al-Quran ini adalah amat baik dan bermanfaat sekali jika kita dapat mengetahui, mempelajari, mendalami dan menghayati semua ayat-ayat tersebut dengan tujuan untuk memperkasakan keimanan, amal soleh dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sama-samalah kita bersungguh-sunguh memperbaiki diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah dengan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Buku ini juga dipersembahkan dalam bahasa yang mudah difahami berserta contoh-contoh yang jelas dan terang, buku ini memang patut dibaca oleh sesiapa jua yang ingin lebih memahami ajaran Islam dan hikmah yang terkandung di dalamnya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Tafsiran ayatayat “Yaa AyyuhalLaziina Aamanuu” dalam alQuran
  • Hukumhakam dan panduan kehidupan bagi orang beriman
  • Huraian hadis Rasulullah SAW berkaitan ayatayat alQuran
  • Pengajaran daripada Sirah Nabawiyyah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin memahami tafsiran ayatayat alQuran dengan lebih mendalam
  • Pelajar dan penuntut ilmu agama Islam
  • Guru, pendakwah dan pengajar alQuran
  • Individu yang mahu memperkukuh iman dan meningkatkan amal soleh

Maklumat Buku

  • Penulis: Sheikh M. Abdul Athi Buhairi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675115400
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan