• 6429
1

Ilham Persona

Sungkai Gila Babi Oleh Smahadzir

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sungkai Gila Babi Oleh Smahadzir

“Ikutkan hati, mahu sahaja mukamu kuludah, lalu kepalamu kubenam dalam lumpur agar kau mampus kelemasan!” ZAHARIN

Begitulah Zaharin. Dia terlalu membenci seorang anak muda yang dianggapnya terlalu jijik. Bukan itu sahaja, pada Zaharin, anak muda gagap itu tidak wajar lahir apatah lagi hidup di bumi ini.

“Tuhan menciptakan kita, iaitu manusia bertujuan untuk berbakti kepada-Nya, dan mengakui kebesaran-Nya tanpa ada rasa ragu-ragu walau sedikit pun. Jangan menghina makhluk Tuhan kerana cara itu bagaikan hidup kita disuluh kesesatan...” PAK MEDAN.

Walaupun Zaharin gesit melongo dan terkedu mendengar penjelasan Pak Medan itu, tetapi sebagai manusia yang punya fikiran yang bebal, dia tetap berpendirian pekak badak.

Namun semuanya berubah pada satu hari, apabila Zaharin merasa dirinya seperti dicekik, dan suaranya bergulat di kerongkongan. Tanpa sedar, air mata
penyesalannya menjujai di pipi. Ini semua berlaku apabila anak muda yang sering dihinanya itu tiba-tiba melakukan perbuatan yang tidak pernah digambarkan oleh akal manusia. Apakah perbuatan itu? Hanya Zaharin sahaja yang tahu dan seterusnya sedar akan keesaan Tuhan semesta alam...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Sikap prejudis dan kebencian terhadap individu kelainan upaya
  • Keinsafan serta perubahan diri
  • Keimanan dan kesedaran tentang keesaan Tuhan
  • Kepentingan belas kasihan, hormatmenghormati dan penerimaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu berunsur keagamaan
  • Remaja yang ingin memahami nilai kasih sayang dan penerimaan
  • Pembaca yang meminati kisah keinsafan dan perubahan watak
  • Guru serta pelajar untuk perbincangan nilai murni

Maklumat Buku

  • Penulis: Smahadzir
  • Penerbit: Ilham Persona
  • ISBN: 9789671449394
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan