• 5951
1

Penulisan2u

Separuh Takdirku Ada Kamu Oleh Ezza Mysara

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Separuh Takdirku Ada Kamu Oleh Ezza Mysara

DEEBA DALILA. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh.

Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya.

“There are always first time in everything. Termasuklah… Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang.” – FAYYAD SYAKIR

Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya.

“Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!” – HAJAH MARIANI

“Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia.” – DEEBA DALILA

Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai perkara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula.

“Abang… Akhirnya Lila jumpa abang.” – DEEBA DALILA

“Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik.” – FAYYAD SYAKIR

“Ni Lila… Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang.” – DEEBA DALILA

“Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!” – FAYYAD SYAKIR

Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan takdir yang menemukan semula dua insan
  • Perkahwinan dan proses jatuh cinta selepas berkahwin
  • Perjalanan masa serta realiti antara mimpi dan kehidupan sebenar
  • Konflik rumah tangga dan tentangan ibu mentua

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta berunsurkan takdir dan peluang kedua
  • Pembaca yang suka kisah perjalanan masa, mimpi dan realiti
  • Pembaca yang meminati konflik rumah tangga serta watak ibu mentua antagonis
  • Pembaca yang tertarik dengan tema keluarga, pengorbanan dan penerimaan anak kurang upaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Ezza Mysara
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672102342
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan