• 7852
1

Al-Hidayah

Sejarah Lengkap 25 Rasul

Regular price
RM 59.00
Sale price
RM 59.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sejarah Lengkap 25 Rasul

Pengutusan para Rasul kepada umat manusia adalah anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Melalui para Rasul, umat manusia seolah-olah disinari dengan cahaya bimbingan dan petunjuk yang tidak berpenghujung.

Akidah “Laa ilaaha illallah” diperteguhkan, akhlak mahmudah dan karimah diperkenalkan, sistem-sistem kehidupan yang sistematik ditonjolkan dan benarlah, kehadiran mereka membawa rahmat ke seluruh alam; “rahmatan lil a’lamin”. Justeru buku ini membawa anda meneroka lipatan sejarah para Rasul pilihan ini; sejarah kehidupan, mukjizat-mukjizat serta kisah-kish bersejarah mengenai ketokohan kekasih-kekasih Allah SWT ini. Istimewanya buku ini adalah perbahasan di dalamnya dibahas melalui pelbagai perspekstif, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, dan juga beberapa fakta melalui kesan-kesan peninggalan dan artifak berkaitan mereka yang dijumpai.

Semoga dengan memahami kisah hidup kekasih-kekasih Allah SWT ini akan memberikan motivasi yang luar biasa hebat kepada kita dalam menjalani kehidupan pada akhir zaman ini.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Sejarah kehidupan dan perjuangan 25 Rasul pilihan Allah SWT
  • Mukjizat serta peristiwa penting dalam kehidupan para Rasul
  • Keteguhan akidah tauhid dan dakwah “Laa ilaaha illallah”
  • Akhlak, kepimpinan dan ketokohan para Rasul sebagai teladan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca umum yang ingin mengenali sejarah 25 Rasul
  • Pelajar sekolah dan institusi pengajian Islam
  • Ibu bapa yang mencari bahan bacaan agama untuk anakanak
  • Guru, pendakwah dan pengkaji sejarah Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Rizem Aizid
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392642
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan