Pustaka Dini
Renungan Tasawuf Manisnya Iman
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Renungan Tasawuf Manisnya Iman
Buku ini adalah kumpulan karangan dari ceramah Allahyarham Buya Hamka dari tahun-tahun yang berbeza. Antaranya:
(1) Akal dan Khayal
(2) Kewajipan dan Akhlak Kaum Muslimin dalam Bernegara
(3) Agama ialah cinta
(4) Di Antara Cinta dan Fanatik
(5) Kepercayaan dan Pengetahuan
(6) Lailatul Qadar
(7) Untuk Menjadi Perbandingan
(8) Terakhir, Pemimpin Agama
Kemudian, himpunan ini kami beri judul: Renungan Tasawuf, Manisnya Iman, iaitu renungan Prof. Dr. Hamka sendiri yang dalam dakwahnya selalu menggunakan pendekatan tasawuf, dan pendekatan cinta yang menyentuh batin para pendengar dan pembacanya.
Karangan-karangan ini memang bukan merupakan huraian ilmiah yang berat untuk difahami sebagaimana kebanyakan karya Allahyarham, semua tulisan-tulisan yang kami muatkan boleh digolongkan sebagai karangan popular, dalam erti yang mudah diterima oleh pembaca.
Meskipun demikian, perkara yang direnungkan adalah soal-soal dasar dan teras Islam, yang memang memerlukan perenungan dan pendalaman. Justeru di sinilah letak keistimewaan Hamka sebagai pengarang. Iaitu kecekapannya membahas perihal keagamaan, falsafah dan tasawuf yang berat-berat dalam bahasa yang agak puitis, ringan dan mudah difahami oleh pembaca awam. Pastinya hal ini menunjukkan keseniman Hamka, di samping keulamaannya
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Hubungan antara akal, khayal, kepercayaan dan pengetahuan dalam memahami agama
- Tasawuf, cinta kepada Allah dan pembinaan iman
- Akhlak kaum Muslimin dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
- Perbezaan antara cinta, fanatik dan sikap beragama yang seimbang
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami tasawuf dan penghayatan iman dengan bahasa yang mudah
- Peminat karya Buya Hamka dan penulisan Islam yang bernada puitis
- Pelajar dan pendidik dalam bidang pengajian Islam, akhlak dan pemikiran Islam
- Individu yang mahu memperkukuh hubungan dengan Allah melalui pendekatan cinta dan renungan
Maklumat Buku
- Penulis: Prof Dr Hamka
- Penerbit: Pustaka Dini
- ISBN: 9789833707812
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg