Al-Hidayah
Penghapus Dosa Anda Dengan Ayat Al-Quran
- Regular price
- RM 8.00
- Sale price
- RM 8.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Penghapus Dosa Anda Dengan Ayat Al-Quran
“Dan bersegeralah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa. (laitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”(Surah Ali-lmran: 133-135)
Manusia merupakan makhluk ciptaan yang lemah dan banyak melakukan kesalahan, baik yang dipengaruhi hawa nafsunya, ketamakan jiwanya, mahupun kerana tipu daya syaitan. Namun, seorang mukmin sejati akan segera memohon keampunan dan bertaubat yang disertai penyesalan pada apa yang telah dia lakukan, serta bertekad agar tidak mengulangi perbuatannya kembali. Semoga dengan percerahan dan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Al-Quran yang juga panduan dan manual rujukan untuk seluruh umat Islam sehingga hari kiamat kelak.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Keampunan Allah dan penghapusan dosa
- Taubat nasuha, penyesalan dan meninggalkan dosa
- Ayatayat AlQuran sebagai panduan kehidupan
- Mengawal hawa nafsu, kemarahan dan tipu daya syaitan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin bertaubat dan memohon keampunan Allah
- Pembaca yang mahu memahami panduan AlQuran tentang dosa dan taubat
- Mereka yang sedang berusaha memperbaiki akhlak dan mengawal emosi
- Remaja serta dewasa Muslim yang ingin mendekatkan diri kepada Allah
Maklumat Buku
- Penulis: Muhammad Shayim
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390518
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg