• 4168
1

Karyaseni

Pembuka Hati Oleh Sara Aisha

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pembuka Hati Oleh Sara Aisha

TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL... Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?

“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra
“Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq

NUR ADRA... Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.

“Awak ni... Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq “Dia... Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - Adra

Kemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.

“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you... Marry me?” - Nur Adra
“Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara... Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.” - Syafiq

Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan terpaksa dan percaturan keluarga
  • Konflik ego serta hubungan antara dua individu yang bertentangan
  • Trauma, kehampaan emosi dan jiwa yang terluka
  • Proses membuka hati, penyembuhan dan perubahan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Peminat kisah perkahwinan terpaksa dan enemiestolovers
  • Pembaca yang tertarik dengan watak lelaki tenang tetapi penuh rahsia
  • Peminat cerita tentang trauma, konflik keluarga dan penyembuhan emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Sara Aisha
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246994
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan