Karyaseni
Noda Cinta Semalam Oleh Aulia Iman
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Noda Cinta Semalam Oleh Aulia Iman
Jarak Memaksa Kita Saling Merindu.
Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak.
“Saya akan rawat hati awak Leya. Cuma beri masa dan buka ruang untuk saya masuk dan ubatinya.”- Iskandar
Ternyata, bukan Iskandar yang berjaya mengikis sebaris nama itu sebaliknya seorang ketua syarikat berstatus suami orang, Adrian.
“Saya yakin! Lambat atau cepat, hati kita akan tetap bersatu. Percayalah.”- Adrian
Ternyata, dua hati bersatu dalam satu rasa namun cinta sahaja tidak cukup kuat menyatukan dua jiwa. Adrian ialah suami kepada wanita lain dan sudah tentu Amileya tidak tega menjadi perampas kebahagiaan insan lain.
Amileya cuba berdamai dengan ketentuan Tuhan kerana perkahwinan dengan Iskandar tetap akan berlangsung.Tanpa disedari, satu kejutan membuatkan hati Amileya mula berbelah-bahagi sebelum remuk berkali-kali.
“Kita boleh berkahwin dan dapat anak seorang dua sebelum kita berpisah. Saya janji akan beri nafkah dan serahkan hak jagaan anak kepada awak. Boleh, kan?"- Iskandar
Amileya terpaku, ikut kata hati, dia tidak mahu memperjudikan masa depannya. Di kiri suami orang, di kanan, pula belum disatukan sudah menyebut kata perpisahan. Apakah ternyata dia hanya mampu hidup dalam kenangan cinta semalam?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Trauma kehilangan cinta pertama dan kesannya terhadap kehidupan Amileya.
- Konflik cinta tiga segi antara Amileya, Iskandar dan Adrian.
- Perkahwinan yang diatur keluarga serta cabaran menerima jodoh.
- Dilema moral mencintai lelaki yang sudah beristeri.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel cinta Melayu yang menggemari kisah penuh konflik emosi.
- Pembaca yang menyukai tema cinta terhalang dan cinta tiga segi.
- Pembaca yang berminat dengan kisah perkahwinan pilihan keluarga.
- Pembaca yang menggemari watak wanita berdepan dilema hati dan moral.
Maklumat Buku
- Penulis: Aulia Iman
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789674691882
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg