Kaseh Aries Publication
Mr Saka Biru Oleh A'je Fazlina
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Mr Saka Biru Oleh A'je Fazlina
Kata-kata penghinaan Alis Zahira lima tahun lalu membuatkan hati Inspektor Mohd Amsyar diulit rasa dendam, marah dan kecewa. Namun mereka dipertemukan semula dengan satu tujuan. Berkahwin atas aturan keluarga.
“Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar.
“Saya akan goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis.
Amsyar dengan misi membalas dendam, mahu membuat si isteri terus tersiksa dan menderita demi membayar rasa sakit hati yang pernah dia rasa. Sementara Alis dengan misi mahu meraih kembali kasih sayang dan cinta yang pernah ada dari lelaki yang pernah dia hina.
Sekental dan sekeras manalah hati seorang Inspektor Amsyar bila saban hari digoda dan disajikan dengan kata-kata pujuk rayu oleh si isteri. Akhirnya sang saka biru tertewas juga.
“Awak dah bersedia ke nak hidup dengan saya? Tak takut?” – Amsyar
“Sebab awak dah janji nak jaga saya sampai hujung nyawa, buat apa saya nak takut.” – Alis
Namun peristiwa kemalangan lima tahun lalu membuatkan segalanya kian berubah. Amsyar terus-terusan menghukum dan meninggalkan Alis digantung tidak bertali.
“Apa yang kau dah buat, Alis? Kau tahu tak betapa siksanya aku dengan kehilangan itu. Kau dengan Shahir pembunuh!” – Amsyar.
“Saya tak salah Am! Awak tak boleh jatuhkan hukuman macam ni untuk saya” – Alis
Mampukah hatinya menerima Alis semula? Ikhlas dia melupakan semuanya? Saat Alis pergi membawa diri, mampukah melembutkan hati sang saka biru yang ego dan penuh dendam?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan atas aturan keluarga
- Dendam, ego dan konflik dalam rumah tangga
- Cinta lama yang berputik semula
- Kesalahfahaman akibat kemalangan masa lalu
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah kahwin paksa atau perkahwinan aturan keluarga
- Pembaca yang suka tema cinta lama berputik semula
- Pembaca yang meminati watak lelaki berkarakter tegas, ego dan penuh dendam
Maklumat Buku
- Penulis: A'je Fazlina
- Penerbit: Kaseh Aries Publication
- ISBN: 9789672035510
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg