• 8993
1

Al-Hidayah

Memburu Harta Kekayaan Akhirat

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Memburu Harta Kekayaan Akhirat

Hari Akhirat merupakan hari yang digambarkan sebagai kebangkitan semula setelah musnahnya seluruh alam. Akhirat berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud pengakhiran atau penamat. Ia merupakan satu kepercayaan dalam semua agama samawi, seperti Islam, Yahudi dan Kristian.

Perjalanan yang panjang di dunia sentiasa memerlukan persediaan seperti wang, pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya, apatah lagi perjalanan manusia menuju hari akhirat. Ramai dalam kalangan Muslim pada hari ini terlalu leka dengan kesibukan duniawi sehingga terlupa untuk mengambil cakna tentang kepentingan membawa bekalan menuju alam akhirat.

Buku ini akan membicarakan perihal kekayaan akhirat yang perlu diambil berat oleh setiap orang sebagai persediaan untuk menuju alam akhirat serta menjelaskan beberapa syarat yang perlu diikuti untuk mendapat rahsia bagaimana untuk menjadi jutawan akhirat. Moga pembacaan buku ini dapat menginsafkan kita semua untuk mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.

Wallahu A’lam.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Persediaan menghadapi hari akhirat
  • Bekalan amal soleh menuju akhirat
  • Kekayaan dan kejayaan sebenar di alam akhirat
  • Kepentingan mematuhi perintah Allah SWT

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Muslim yang ingin memperkukuh persediaan menuju akhirat
  • Pembaca yang mahu meningkatkan amal soleh
  • Individu yang sedang mencari motivasi kerohanian
  • Golongan yang ingin mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat

Maklumat Buku

  • Penulis: Drs. Hj. Hanafi Mohamed
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392741
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan