Al-Hidayah
Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Membina Keluarga Bahagia & Sejahtera
Penuh dengan nasihat dan motivasi yang mampu menyuntik semangat untuk semua pembaca. Setiap orang impikan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Suami yang penuh kasih sayang, bertanggungjawab dan taat kepada perintah Allah. Dan yang paling penting adalah menjadi pemimpin yang akan membimbing ahli keluarganya ke syurga. lsteri yang solehah patuh kepada perintah Allah dan taat kepada suaminya. Yang mampu mendidik dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah. Dihiasi juga dengan kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada perintah Allah dan taat serta menghormati kedua orang tuanya.
Sebuah rumah yang dihuni oleh keluarga yang bahagia merupakan sebuah syurga di dunia ini. Bagaimanakah untuk mendirikan sebuah syurga yang menjadi impian setiap orang ini. Buku ini menghidangkan banyak kata-kata pesanan dan motivasi yang disandarkan kepada Al-Qur'an dan Hadis serta kisah-kisah Nabi S.A.W dan para sahabat tentang pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Bacaan yang santai diolah dengan menarik memudahkan kita untuk memahami dan mengamalkan apa yang dilontarkan.
Semoga dianugerahkan kita kekuatan dan keazaman untuk membina syurga di dunia iaitu keluarga bahagia dan sejahtera. Dan kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Peranan suami sebagai pemimpin keluarga yang bertanggungjawab dan membimbing ahli keluarga ke jalan Allah.
- Tanggungjawab isteri solehah dalam mentaati Allah, menghormati suami dan membina keharmonian rumah tangga.
- Pendidikan anakanak supaya menjadi insan yang soleh, solehah, taat dan menghormati ibu bapa.
- Pembinaan keluarga bahagia sebagai “syurga di dunia” berasaskan kasih sayang, iman dan akhlak.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pasangan suami isteri yang ingin membina rumah tangga bahagia berlandaskan Islam.
- Bakal pengantin yang sedang membuat persediaan ilmu berkeluarga.
- Ibu bapa yang mahu mendidik anakanak menjadi soleh dan solehah.
- Individu yang ingin memperbaiki peranan dan tanggungjawab dalam keluarga.
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681167
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 × 9 inci
- Berat: 0.3 kg