• 5363
1

Jemari Seni

Mahadewi

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mahadewi

[1]

Surat Putih untuk Alang

Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...

[2]

Panggil Saya Mawar

Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal...

NOOR SURAYA kembali bercerita dengan gaya segar dan warna-warni mengenai Alang-Nuha dan Wadi-Dahlia. Setelah bertahun-tahun berlalu, Surat Ungu untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia masih menjadi malar hijau. Mahadewi ialah hadiah daripada NOOR SURAYA kepada pembacanya bersempena ‘Raikan JS 10 Tahun’ [2006-2016].

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta dan hubungan jarak jauh antara Nuha dan Muzzammil Muadz
  • Cabaran menyambung pengajian serta perubahan hidup selepas perpisahan
  • Kehidupan rumah tangga Wadi Hannan dan Dahlia selepas memiliki anak
  • Dilema membuat keputusan tentang masa depan keluarga dan Rumah Teh Timor

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat karya Noor Suraya
  • Pembaca yang mengikuti kisah Surat Ungu untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia
  • Pembaca yang gemar kisah rumah tangga dan kekeluargaan

Maklumat Buku

  • Penulis: Noor Suraya
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789670851464
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan