Anaasa Publication
Lelaki Dingin Oleh Rinsya Chasiani
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Lelaki Dingin Oleh Rinsya Chasiani
Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji kutub utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!
Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.
“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia
Tapi…
“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” – Aku
“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan al-Quran.” – Ainal
“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku
“Famili dah uruskan.” -Ainal
Ainal la mamat paling blur dalam dunia ni, paling susah nak buat benda romantik, paling tak berperasaan, dan paling malas nak ambil tahu soal hati perempuan. Betul ke aku dah jatuh hati dengan mamat beku bernama Ainal?
“Nal, orang sayangkan awak.” – Aku
Dia setakat angguk kepala. Mampu ke aku hidup dengan lelaki sepasif Ainal? Aku ni, perempuan juga. Kalau cinta katakan cinta, tidaklah aku frust menggila!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan antara Riah dan Ainal yang mempunyai perwatakan bertentangan
- Lelaki dingin, pasif dan sukar meluahkan perasaan
- Perkahwinan, pertunangan dan persediaan membina rumah tangga
- Trauma selepas putus tunang akibat dikhianati
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Peminat watak hero kacak tetapi dingin dan sukar didekati
- Pembaca yang menyukai kisah cinta selepas kekecewaan
- Peminat cerita tentang pertunangan dan perkahwinan
Maklumat Buku
- Penulis: Rinsya Chasiani
- Penerbit: Anaasa Publication
- ISBN: 9789670870601
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg