Buku Prima
Legasi Tombiruo
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Legasi Tombiruo
EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur.
Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini.
Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pemburuan pembunuh bersiri dan penyiasatan jenayah di Kuala Lumpur
- Legasi Tombiruo serta pewarisan identiti dan tanggungjawab
- Unsur mistik melalui Semangat Hutan dan jelmaan Pondulou
- Konflik keluarga, perkahwinan dan perlindungan terhadap orang tersayang
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat novel thriller dan suspens Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah penyiasatan jenayah
- Peminat karya Ramlee Awang Murshid dan siri Tombiruo
- Pembaca yang tertarik dengan gabungan aksi moden dan unsur mistik
Maklumat Buku
- Penulis: Ramlee Awang Murshid
- Penerbit: Buku Prima
- ISBN: 9789674463922
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg