• 4025
1

Penulisan2u

Kau Dan Aku Oleh Lisa Muhamad

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kau Dan Aku Oleh Lisa Muhamad

“You ingat I ke yang curang dengan you, Qadri? I yang tak kotakan janji? I yang tak bersedia untuk pikul tanggungjawab? Siapa yang berjanji untuk berubah? I ke yang tak sedia tinggalkan segala kebebasan? Tak cukup dengan janji yang tak ditunaikan, berpelesiran pula dengan gadis-gadis! Itu I ke, Qadri?” – MIN NUR KESHA.

“Jadi, beri I peluang untuk betulkan salah I.” – LUTH QADRI.

Pertemuan semula antara Min Nur Kesha dan Luth Qadri selepas lima tahun terputus hubungan mencetuskan perasaan tidak selesa dalam hati gadis itu. Sikap kaki perempuan Luth Qadri yang suka berpelesiran di kelab malam telah menyebabkan pertunangannya dengan Min Nur Kesha seolah-olah samar-samar dan tiada arah tujuan.

“I tak simpan cincin tu, dah lama campak ke laut!” – MIN NUR KESHA.

“Campak ke laut? Kalau dah campak ke laut, kenalah ganti cincin yang sama bentuknya.” – LUTH QADRI.

Atas tiket perhubungan kekeluargaan, Min Nur Kesha dan Luth Qadri kembali bertemu di bawah satu bumbung. Min Nur Kesha terjebak semula dengan sejarah hidupnya bersama Luth Qadri. Pabila berhadapan dengan Luth Qadri, Min buat tak kenal. Luth Qadri pula selamba dan hanya ikut rentak Min Nur Kesha. Kemunculan teman lama Min, ARMAN ASHRAF pada saat Luth Qadri menagih kembali cintanya terhadap Min menambahkan lagi konflik kisah cinta mereka.

Lalu… dapatkah Luth Qadri memiliki semula cinta sejati Min Nur Kesha setelah pertunangan mereka sebelum ini dilangsungkan tanpa pengetahuan pihak keluarga perempuan. Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Min? Adakah kekal untuk Luth Qadri? Ataupun Arman Ashraf yang juga menagih harapan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua dan peluang untuk memperbaiki hubungan
  • Konflik pertunangan tanpa restu atau pengetahuan keluarga
  • Kepercayaan, kecurangan dan janji yang tidak ditunaikan
  • Pertemuan semula selepas lima tahun berpisah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan konflik hubungan
  • Peminat kisah cinta kedua serta pasangan yang bertemu semula
  • Pembaca yang suka watak lelaki kaki perempuan yang berusaha berubah
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan perebutan hati

Maklumat Buku

  • Penulis: Lisa Muhamad
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670567471
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan