• 3925
1

Lovenovel

Kalau Sungguh Bagai Dikata

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kalau Sungguh Bagai Dikata

Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.

Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya...

“Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir
“Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang.” - Hanim

Satu hari, Dinn Dzakir meluahkan rasa hatinya kepada Hanim. Berbagai perkara dilakukan untuk menambat hati si gadis. Kata-kata usikan dan sikapnya yang suka mengambil berat, membuatkan hati si perawan makin tertambat.

Jom kahwin - Dinn Dzakir
Encik Zakir jangan nak mengarut okey? - Hanim
Kahwin perkara serius. Bukannya mengarut - Dinn Dzakir
Hari ni Encik Zakir demam ek - Hanim
Demam nak kahwin - Dinn Dzakir

Namun lumrah dunia. Pasti akan ada hati yang tidak senang dengan kemesraan yang terjalin. Hanim sanggup mengundur diri. Walaupun si jejaka kecewa tetapi dia tidak mudah mengalah. Dari jauh, Hanim sering diperhatikan. Susah dan senang gadis itu, selalu diambil berat. Mampukah si jejaka meraih gadis impian walaupun terpaksa bertindak di luar dugaan? Mampukah si gadis menyambut huluran kasih yang tulus itu dengan rela hati?

Kalau sudah bagai dikata, hanya untuk Hanim ungkapan cinta...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara rakan sekerja dalam suasana pejabat
  • Usaha gigih memenangi hati insan yang dicintai
  • Kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang dalam hubungan
  • Konflik pihak ketiga serta campur tangan orang sekeliling

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang suka kisah cinta di tempat kerja
  • Peminat watak lelaki yang penyayang dan tidak mudah mengalah
  • Pembaca yang menikmati konflik cinta ringan dan menghiburkan

Maklumat Buku

  • Penulis: Rafina Mimi Abdullah
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789670657592
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan