• 9542
1

Idea Kreatif

Inara His Eternal Love Oleh Irenicmia

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Inara His Eternal Love Oleh Irenicmia

Shopping? Of course! Ratu gossip? That's her! Mulut lepas? No filter! Itulah Inara, satu-satunya anak perempuan kepada Tan Sri Irshad.

Namun, kehidupannya berubah drastik apabila dia bertemu dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf, CEO muda yang tegas dan beku.

"Aku tak akan give up. Adrian kena reject aku dulu." —Inara

Bagi Adrian, Inara hanyalah seorang gadis manja yang tak tahu apa-apa tentang dunia nyata. Tidak matang dan agak rumit. Dia hanya mahukan yang simple.

"I'm waiting for someone and I'm willing to wait for her. So now, you have a reason to give up. You can go." —Adrian Khalaf

"Guess this is our goodbye." —Inara

Dan Inara betul-betul membawa diri. Namun, Adrian tidak pula merasa tenang.

"Sejak aku tolak Inara, hidup aku dah tak sama. Setiap kali aku fikir Mikaeyla, bayang Inara muncul." —Adrian Khalaf

Ada sesuatu dalam diri Inara yang membuatkan Adrian keliru. Buat pertama kali dalam hidupnya, Adrian mula mempersoalkan hati sendiri.

Sehinggalah satu insiden berlaku... insiden yang mengubah segalanya. Di saat itu, Adrian sedar, Inara bukan sekadar seseorang yang singgah dalam hidupnya. Inara lebih daripada itu.

"Jangan datang bila hati you sunyi, I bukan pengisi ruang kosong." —Inara

"I know, Inara... Tapi you bukan pengisi, you adalah ruang tu." —Adrian Khalaf

Apa akan berlaku bila Adrian mula mengejar Inara? Dan siapa sebenarnya Mikaeyla?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perjuangan mendapatkan cinta daripada lelaki dingin dan sukar didekati
  • Konflik cinta tiga segi melibatkan Adrian, Inara dan Mikaeyla
  • Perubahan perasaan serta kesedaran hati selepas kehilangan seseorang
  • Perbezaan personaliti antara gadis manja yang ceria dengan CEO yang tegas

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta CEO dan gadis manja
  • Peminat watak lelaki dingin tetapi mula mengejar cinta
  • Pembaca yang suka kisah cinta berbalas, penolakan dan peluang kedua
  • Peminat konflik cinta tiga segi serta rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Irenicmia
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: 9789672803805
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan