Al-Hidayah
Ibadah Harian Agar Terhindar Daripada Kemiskinan
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Ibadah Harian Agar Terhindar Daripada Kemiskinan
Kemiskinan, kelaparan dan ketakutan adalah di antara ujian yang Allah S.W.T berikan kepada manusia. Ujian¬ujian ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji sejauh mana berimannya seorang hamba kepada Khaliqnya. Hamba yang beriman akan sentiasa redha atas ketentuanNya, sabar dalam menghadapinya, bersyukur ditimpa ujian serta tidak berputus asa untuk melakukan islah di dalam hidupnya.
Buku ini menyediakan ramuan-ramuan terbaik daripada Al-Quran dan Hadith Nabawiyah dalam menghadapi dan menghindari kemiskinan. Bermula dengan memahami konsep kemiskinan yang sebenar di dalam Islam, buku ini membawakan amalan-amalan sunat yang boleh diamalkan untuk menghindari kemiskinan. Seterusnya, diselitkan juga faktor-faktor penghalang dalam memperolehi rezeki serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar amal soleh seseorang itu diterima Allah S.W.T.
Tiadalah apa-apa yang paling diharapkan oleh seorang hamba itu melainkan redha dan rahmat daripada Penciptanya. Semoga buku ini membantu anda ke arah itu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konsep kemiskinan, kelaparan dan ketakutan menurut Islam
- Sabar, reda dan syukur dalam menghadapi ujian kehidupan
- Amalan sunat, doa dan ibadah untuk memohon keluasan rezeki
- Faktorfaktor yang menghalang rezeki
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin memperbaiki amalan harian
- Muslim yang sedang berdepan masalah kewangan atau kemiskinan
- Pembaca yang ingin memahami konsep rezeki menurut Islam
- Mereka yang mahu mengamalkan doa dan sunnah untuk memohon rezeki
Maklumat Buku
- Penulis: Atiqah Hamid
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674391676
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg