Penulisan2u
Hingga Akhir Nafasku Oleh Hanah Rishas
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Hingga Akhir Nafasku Oleh Hanah Rishas
“Cinta pertama bagi setiap anak perempuan... Her daddy.”
Nurul Ain tidak tahu, cinta pertamanya itu seharusnya Awang Kader, ayah kandungnya yang menjadi punca kelahirannya di dunia ini, bukan Abdul Halim, ayah angkatnya. Di mata Awang Kader, Nurul Ain ialah Dayang Nur Aishah, bukti cinta dia dengan wanita paling dikasihinya. Atas satu insiden yang memilukan, Aishah dibawa pergi jauh daripadanya berpuluh tahun.
“Saya dah jatuh cinta. Hati dah jatuh bergolek. Tak boleh nak bangun dah.” - Irfan
“Siapa?” – Nurul Ain
“Rahsia.” - Irfan
“Nurul sedang belajar menerima satu perubahan. Cuba untuk mencintai papa, mama... And how about me? Cuba menyayangi saya juga?” – Tengku Hanif
“Kenapa tidak? Kita satu keluarga, kan?” – Nurul Ain
Tengku Hanif dan Irfan – Mereka berdua ditakdirkan untuk mencintai perempuan yang sama. Setelah terpaksa menelan pahitnya cinta tidak berbalas, Irfan nekad kali ini dia tidak akan tunduk mengalah.
Demi menjaga sekeping hati yang sedia diketahui nyaris rabak, Tengku Hanif bersedia untuk mengundurkan diri. Apatah lagi mengenangkan status yang berkalung di pundak sendiri sekadar ‘abang’ semata. Maka sisa hidup yang kekal menganyam bunga cinta dipenuhi dengan usaha meletakkan Nurul Ain di takhta ‘kerajaan’ Awang Kader meski gadis itu keras menolak.
Badri. Kehadirannya yang lebih awal dalam hidup seorang Nurul Ain membuatkan Irfan dan Tengku Hanif tergugat. Siapa Badri dalam kelongsong kehidupan Nurul Ain?
“Badri anak yang baik. Beruntung pak cik ada anak macam dia.”
Hakikat rasa yang menghuni hati mana mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap lapis jiwa manusia. Cinta, kasih sayang, dendam dan benci seumpama adunan yang menentukan ke mana hati itu pergi.
“Aishah, kau sepatutnya ghaib ditelan perut bumi. Seharusnya kau tak ditakdirkan pulang kembali!”
Apakah kemunculan Nurul Ain kembali pada tempat asalnya adalah suatu rahmat atau penamat kepada sebuah tragedi berdarah itu?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta dan konflik dalam hubungan kekeluargaan
- Pencarian identiti serta asal usul keluarga
- Cinta tiga segi dan perebutan hati
- Rahsia masa lalu, dendam dan tragedi berdarah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah cinta tiga segi
- Pembaca yang tertarik dengan konflik keluarga dan rahsia keturunan
- Pembaca yang menyukai drama emosi serta kisah pengorbanan
Maklumat Buku
- Penulis: Hanah Rishas
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789672321088
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg