• 8276
1

Penulisan2u

Halalkan Hati Yang Kucuri Oleh Mia Kiff

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri Oleh Mia Kiff

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.

“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perubahan sikap dan keinsafan dalam kehidupan rumah tangga
  • Cabaran hidup selepas kehilangan harta dan kemewahan
  • Usaha membina kehidupan dari bawah
  • Kasih sayang, kesetiaan dan kekuatan cinta suami isteri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah rumah tangga dan pasangan suami isteri
  • Pembaca yang menyukai cerita tentang keinsafan dan perubahan hidup
  • Peminat kisah perjuangan membina kehidupan dari bawah

Maklumat Buku

  • Penulis: Mia Kiff
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672102083
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan