• 8664
1

Al-Hidayah

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 9

Regular price
RM 65.00
Sale price
RM 65.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 9

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kesembilan buku daripada Kitab Al-Umm ini membahaskan hukum-hukum fiqah berkaitan hukum-hukum serta persoalan-persoalan berkaitan mahar, nikah syighar dan bab nafkah. Bab-bab ini merupakan bab yang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci kerana ia merupakan bab-bab yang sangat berkait dengan proses kehidupan kita dalam seharian. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hukum dan perbahasan berkaitan mahar dalam perkahwinan
  • Nikah syighar serta hukumhakam yang berkaitan dengannya
  • Hukum nafkah dan tanggungjawab dalam rumah tangga
  • Persoalan fiqah perkahwinan berdasarkan dalil AlQuran dan AlSunnah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar pengajian Islam dan syariah
  • Penuntut ilmu fiqah mazhab AlSyafie
  • Bakal pengantin yang ingin memahami hukum perkahwinan
  • Suami isteri yang mahu mendalami hak dan tanggungjawab rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682324
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan