Al-Hidayah
Dugaan Hidup
- Regular price
- RM 13.00
- Sale price
- RM 13.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Dugaan Hidup
Sudah menjadi lumrah bahawa manusia inginkan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan diri. Namun begitu, kita tidak terlepas dari ditimpa dugaan dan cubaan. Tanpa kekuatan jiwa, mental dan amat sukar bagi kita menangani semua itu, sebaliknya akan menjadi manusia yang berputus asa dan kecewa. Sifat inilah yang menjadikan manusia jadi mundur dan jumud. Di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W telah diberi seribu macam cara atau kaedah malah lebih dari itu, bagaimana kita dari umat Islam yang beriman berusaha ini untuk menangani segala rintangan dan dugaan kehidupan ini sehingga menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Harapan yang menggunung ini pasti direalitikan melalui nasihat-nasihat yang terkandung di dalam kehidupan ini. Himpunan nasihat di gali daripada intisari Al-Quran dan Al-Hadis yang mulia sebagai satu panduan yang mempunyai menafaat yang besar bagi kita yang mahu memahami dan mengamalkannya. Semoga harapan keinginan kita dimakbulkan Allah S.W.T.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan
- Membina kekuatan jiwa dan mental
- Amalan sabar, tawakal dan tidak berputus asa
- Panduan alQuran dan hadis dalam menangani masalah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Umat Islam yang sedang menghadapi ujian hidup
- Pembaca yang ingin membina ketahanan jiwa dan mental
- Individu yang berusaha mengatasi rasa kecewa dan putus asa
- Mereka yang ingin mendalami nasihat berasaskan alQuran dan hadis
Maklumat Buku
- Penulis: Wan Aznan Hj. Wan Abdullah
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830992334
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg