Nafiela Books
Bercakap Dengan Jin Jilid 3 Oleh Tamar Jalis
- Regular price
- RM 25.80
- Sale price
- RM 25.80
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bercakap Dengan Jin Jilid 3 Oleh Tamar Jalis
Kerana sering mendampingi datuknya di mana-mana, secara senyap-senyap Tamar Jalis (TJ) mengutip dan menghimpun pengalaman, lalu diabadikan dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang berjaya memukau ribuan pencinta kisah seram. Kini, TJ muncul kembali bersama siri buku-buku SBDJ. Bukan hasrat TJ mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahyul. Tetapi, sekelumit pengalaman bersama datuk meyakinkan, bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah.
Sesungguhnya syaitan dan iblis telah wujud lebih awal dari manusia dan berazam untuk menjahanamkan anak Adam. Kerana manusia itu makhluk Allah yang teristimewa, Allah memberikan kekuatan kepada manusia untuk menghalang perbuatan syaitan dan iblis terhadap manusia dengan kekuatan iman dan takwa. Tanpa iman dan takwa, manusia akan jadi hamba syaitan dan iblis. Inilah gambaran yang dijalin oleh TJ dalam SBDJ yang secara tidak langsung mengajak pembaca berfikir untuk mencari sesuatu yang baik agar menjadi manusia sempurna mengkagumi dan menghayati kebesaran Allah.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengalaman dan peristiwa ghaib yang tidak terjangkau oleh akal manusia
- Jin, syaitan dan iblis dalam kehidupan manusia
- Peranan iman dan takwa sebagai pelindung daripada gangguan syaitan
- Pengalaman Tamar Jalis bersama datuknya dalam menghadapi perkara misteri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat novel dan kisah seram Melayu
- Pembaca yang berminat dengan cerita jin, syaitan dan alam ghaib
- Peminat karya Tamar Jalis dan Siri Bercakap Dengan Jin
- Pembaca yang gemar kisah misteri berunsur keagamaan
Maklumat Buku
- Penulis: Tamar Jalis
- Penerbit: Nafiela Books
- ISBN: 9789671054833
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg