• 9108
1

Al-Hidayah

Amalan-Amalan Mujarab Pemusnah Masalah Hidup

Regular price
RM 11.00
Sale price
RM 11.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Amalan-Amalan Mujarab Pemusnah Masalah Hidup

Semua manusia yang ada di atas muka bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada masalah hidup. Tidak kira siapa dan apa martabat serta darjat kita sekalipun, hidup kita pasti akan dihiasi dengan masalah. Kehidupan tanpa masalah tentu membosankan kerana masalah-masalah adalah rencah pahit manis dalam suatu kehidupan. Cuma cara penyelesaiannya memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan agar segala permasalahan itu berakhir dengan kebahagiaan dan kenikmatan. Islam mempunyai pelbagai cara yang diajar kepada umatnya untuk menyelesaikan segala masalah yang mendatang; di antaranya dengan mengamalkan amalan-amalan tertentu.

Jadi, dengan terhasilnya buku Amalan-Amalan Mujarab Pemusnah Masalah Hidup ini, mudah-mudahan menjadi petunjuk berguna kepada sesiapa yang ingin mengamalkan amalan tersebut bagi menangkis masalah yang hadir dalam kehidupan. Semoga dengan pengisian yang terkandung dalam buku ini dapat memberi manfaat yang berguna bagi menempuh kehidupan kita yang penuh dengan cabaran justeru menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat, insya-Allah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Amalan Islam sebagai ikhtiar menghadapi masalah hidup
  • Doa dan zikir untuk memohon pertolongan Allah
  • Kesabaran dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
  • Amalan menuju ketenangan dan kebahagiaan hidup

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang sedang menghadapi pelbagai masalah kehidupan
  • Pembaca yang ingin mengamalkan doa, zikir dan amalan Islam
  • Golongan yang mencari ketenangan jiwa dan kekuatan rohani
  • Mereka yang ingin memperbaiki kehidupan berlandaskan ajaran Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Abdul Hamid
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392406
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 5 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan