• 6592
1

Karyaseni

Akulah Si Heroin Oleh Syu Ariani

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Akulah Si Heroin Oleh Syu Ariani

Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka.

"Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq
"Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine

Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.

"Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq
"Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine

Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi.

Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.

"I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq
"Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine

Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta benci dan hubungan seteru antara Aliya dengan Haziq
  • Salah faham akibat identiti stalker dan komunikasi yang tidak jelas
  • Lamaran, perkahwinan dan penerimaan terhadap pasangan
  • Cemburu, fitnah serta konflik pihak ketiga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta benci atau enemiestolovers
  • Pembaca yang menyukai konflik salah faham dan cemburu
  • Peminat kisah percintaan selepas perkahwinan

Maklumat Buku

  • Penulis: Syu Ariani
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691240
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan