Suara Hati Publication
Aku Akan Datang Oleh Iman Nizrina
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Aku Akan Datang Oleh Iman Nizrina
Zara Arissa hanyut dalam mencari kasih sayang dan perhatian dari orang tuanya. Sikap biadap dan kasar menutupi sekeping hati yang kosong serta dingin. Demi mengubah kehidupan anaknya, Megat Zaid sanggup mengatur perkahwinan, Zara Arissa dengan Tengku Irsyad anak sahabat baiknya sendiri.
Bagi Zara Arissa, tindakan papanya suatu arahan yang menyakitkan hati dan jiwa. Bukan kasih sayang suami yang dipinta, cuma perhatian papa dan mama yang didamba. Walau bagaimana kuat mengelak, dua jiwa selamat jua disatukan.
“Memang semua orang buat salah, tapi mama dengan papa tak pernah nak betulkan salah sendiri. Yang lebih mengjengkelkan lagi, you’ll sanggup lepaskan tanggungjawab sebagai parent kepada orang lain” – Zara Arissa
Bermacam helah dibuat supaya dia boleh pergi jauh daripada peraturan hidup yang di atur oleh papanya. Walau jauh beribu batu dia lari, bahagia tetap tidak di temui. Perkahwinan yang diatur seperti tidak mampu menghadirkan perubahan dalam diri Zara Arissa.
“Buktikan pada aku. Buktikan diri kau, perempuan bermaruah.” – Tengku Irsyad
“Untuk apa aku buktikan pada kau? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku!”- Zara Arissa
Kehadiran Ekmal, kekasih lama mengisi semula kekosongan dihatinya. Tanpa diduga Ekmal yang di cintai rupanya milik orang. Kekecewaan menyedarkan Zara Arissa dari kealpaan dunia lantas membawanya mengenali diri yang jauh dari penciptanya. Dia mula redha dalam menerima jodohnya sendiri.
Sukar merebut hati seorang suami, kerana kesetiaan Tengku Irsyad hanya untuk Linda, kekasih awal dan akhirnya. Tambah menyesakkan dada, kehadiran Tengku Laili yang menyakitkan hati dan cuba meruntuhkan rumahtangganya membuatkan Zara Arissa bertambah kuat untuk mempertahankan mahligai yang telah terbina. Saat diri sudah berjanji setia dalam mencari bahagia, hati Zara Arissa terguris luka. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Kerana cinta sejati, abadinya di hati.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kesan pengabaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa terhadap perkembangan emosi anak.
- Konflik perkahwinan yang diatur serta cabaran menyesuaikan diri dengan pasangan.
- Proses penyembuhan diri, kematangan emosi dan pencarian identiti.
- Pengkhianatan cinta, bekas kekasih dan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan.
- Pembaca yang tertarik dengan tema perkahwinan aturan dan konflik rumah tangga.
- Pembaca yang suka watak wanita dengan perkembangan emosi dan perubahan diri.
- Pembaca yang meminati kisah cinta penuh pengkhianatan, cemburu dan orang ketiga.
Maklumat Buku
- Penulis: Iman Nizrina
- Penerbit: Suara Hati Publication
- ISBN: 9789671540800
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg