Karyaseni
Akankah Bahagia Itu Milik Kita? Oleh Farisha Imani
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Akankah Bahagia Itu Milik Kita? Oleh Farisha Imani
Bagi Nurul Iman… Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.
Bagi Fariz Minhat… Mustahil impiannya selama ini akan menjadi kenyataan kerana dia tahu, Iman tidak mempunyai rasa yang sama sepertinya. Lantas, cukuplah sekadar memerhatikan dan memuja gadis itu dari jauh, di sebalik gambar-gambar yang selama ini diambilnya secara curi-curi.
Disebabkan rasa waswas itu, mereka akhirnya membawa haluan masing-masing. Fariz Minhat cuba memilih untuk hidup bersama seorang gadis tanpa rasa cinta gara-gara rasa yang cuba dinafikannya terhadap Iman.
Iman cuba memilih jalan seperti Fariz, tetapi mengapa setiap kali dia cuba mewujudkan rasa cinta untuk si dia yang lain, ada saja alasan yang menyebabkan dia harus bersama dengan lelaki itu?
“Aku takkan pernah rela dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kau faham maksud aku, kan? Kau berhak memilih, Iman. Jangan tunggu aku. Sebab aku juga takkan tunggu kau.” – Fariz
Semenjak perjanjian yang tak boleh dimungkiri itu diletakkan ke atas bahu mereka berdua, Iman semakin yakin, lelaki itu akan terus membenci dirinya. Fariz pula semakin yakin, hubungan yang dibina tidak akan menuju kebahagiaan.
Mampukah perasaan yang telah disemai dalam hati sedari dulu, dapat membawa mereka kepada impian yang sama? Hanya dengan keyakinan dengan rasa cinta yang ada dapat menemukan mereka berdua dengan jawapan yang membahagiakan selama-lamanya.
“Apa yang abang suka tentang Iman? Iman rasa, Iman tak ada apa-apa kelebihan. Banyak kekurangannya...”
“Bagi abang, kelebihan Iman terlalu banyak. Nak abang senaraikan satu persatu ke, sayang? Mungkin sampai ke malam nanti belum tentu habis abang senaraikan. Haha...”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta terpendam dan perasaan yang dinafikan
- Salah faham, keraguan dan konflik emosi dalam hubungan
- Perpisahan serta peluang kedua dalam percintaan
- Perjanjian dan hubungan yang sukar dimungkiri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
- Peminat kisah cinta terpendam dan cinta lama
- Pembaca yang menyukai konflik salah faham dalam hubungan
- Pembaca yang gemar kisah peluang kedua dalam percintaan
Maklumat Buku
- Penulis: Farisha Imani
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789670246543
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg