Galeri Ilmu
Ekslusif Zakat
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Ekslusif Zakat
Islam ialah agama tolong-menolong (ta'awun) dan agama sejahtera. Allah SWT mewajibkan zakat kepada seluruh hamba-Nya yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Bagi golongan kaya, zakat menjadi makanisme yang mendidik jiwa mereka supaya tunduk kepada Allah SWT. Dengan terlaksananya amalan zakat dalam masyarakat, kekayaan tidak terkumpul dalam kalangan golongan kaya sahaja. Sebaliknya sebahagian daripada kekayaan itu dikongsi bersama golongan susah. Semakin kaya umat Islam, semakin banyak zakat dapat dikutip. Semakin banyak pula harta yang dapat diagih-agihkan kepada asnaf yang layak. Natijahnya, negara menjadi makmur dibawah payung zakat ini. Buku ini mendedahkan semua persoalan yang pastinya akan meluruskan kefahaman kita tentang zakat.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konsep dan kewajipan zakat dalam Islam
- Hikmah zakat dalam mendidik jiwa dan meningkatkan ketakwaan
- Peranan zakat membantu golongan yang memerlukan
- Golongan asnaf yang layak menerima zakat
Buku Ini Sesuai Untuk
- Umat Islam yang ingin memahami konsep dan kewajipan zakat
- Individu yang mahu memperbaiki kefahaman tentang ibadah zakat
- Pembayar zakat dan golongan yang berkemampuan
- Pelajar serta pengkaji asas agama Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Hamizul Abdul Hamid
- Penerbit: Galeri Ilmu
- ISBN: 9789830973641
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg