• 8775
1

Al-Hidayah

Panduan Bercinta Dan Memendam Rindu

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Panduan Bercinta Dan Memendam Rindu

“Apa itu cinta? Cinta itu bila hati akan mula berbunga. Persekitaran yang tandus segera subur menghijau, bunga-bunga menguntum indah menyebarkan wangian segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cergas. Tangisan sayu menjadi senyuman manis dan indah…”

Sebenarnya cinta atau Mahabbah kepada Allah merupakan tujuan utama kehidupan mereka yang menelusuri jalan menuju Allah. Tidak ada satu pun dari tujuan yang lebih tinggi dari cinta kecuali semuanya hasil dari cinta itu sendiri, seperti rindu kepada Allah dan merasa tenang bersama-Nya. Pengorbanan dan bukti kesungguhan dalam cinta kudus ini adalah taubat, sabar dan zuhud.

Melalui cinta yang agung terhadap Allah, maka seseorang akan melakukan ibadah sesuai dengan perintah dan menjauhi semua larangan-Nya. Hakikat ibadah adalah kesempurnaan rasa tunduk dan merendah diri di hadapan yang Khalik, Maha Berkuasa dan Pencipta. Cinta kepada-Nya adalah cinta yang berdiri sendiri dan menjadi sumber utama dari keseluruhan cinta kepada selain-Nya.

Semoga buku ini menerbitkan bibit-bibit cinta dan rindu itu penuh bermakna. Rasa lebih mencintai dan dicintai. Lebih-lebih lagi mencintai dan dicintai oleh Yang Maha Pencipta dan Pemilik Cinta Abadi iaitu Allah Azza wa Jalla, InsyaAllah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Mahabbah dan cinta kepada Allah
  • Rindu kepada Allah dan ketenangan jiwa
  • Taubat sebagai tanda kecintaan kepada Allah
  • Kesabaran dan zuhud dalam perjalanan rohani

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mendalami cinta kepada Allah
  • Individu yang sedang mencari ketenangan dan kekuatan jiwa
  • Mereka yang ingin memperbaiki ibadah dan hubungan dengan Allah
  • Pembaca yang berminat dengan ilmu tasawuf dan penyucian hati

Maklumat Buku

  • Penulis: Ibnu Qayyim Al-Jauziah
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681310
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan