PTS
Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah Al-Fatihah Dan Juzuk 1
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Tafsir Al-Azhar Tafsir Surah Al-Fatihah Dan Juzuk 1
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai asal usul kewujudan Tafsir Al-Azhar yang menjadi karya teragung beliau. Selain itu ia adalah tafsir Al-Quran berkaitan surah Al-fatihah dan Juzuk 1 iaitu sebahagian daripada surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengenalan dan asal usul penulisan Tafsir AlAzhar oleh HAMKA.
- Tafsir Surah AlFatihah dari aspek akidah, ibadah dan pembentukan jiwa.
- Tafsir ayatayat Juzuk 1 Surah AlBaqarah.
- Metodologi tafsir HAMKA melalui AlQuran, hadis, pandangan sahabat, tabi’in dan tafsir muktabar.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar dan pengkaji ilmu tafsir AlQuran.
- Pembaca yang ingin memahami Surah AlFatihah dan Surah AlBaqarah Juzuk 1.
- Guru, pendakwah dan pengajar Pendidikan Islam.
- Penggemar karya HAMKA dan khazanah keilmuan Islam Nusantara.
Maklumat Buku
- Penulis: Hamka
- Penerbit: PTS
- ISBN: 9789674811907
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg