• 8883
1

Al-Hidayah

Puteri Para Sahabat Rasulullah

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Puteri Para Sahabat Rasulullah

Setiap orang punya idolanya sendiri. Dalam menjadikan satu personaliti itu untuk ikutan atau idola amat dipengaruhi oleh populariti dan kekuatan yang ada pada personaliti itu tersebut. Ramai dikalangan pemimpin, artis, ahli sukan dan nama besar lain dijadikan idola atau kebanggaan setiap individu masa kini. Namun mereka ini kadang-kadang daripada segi keperibadian atau moralnya tidak sesuai untuk dicontohi.

Dalam sejarah dan tamadun Islam telah melahirkan ramai nama-nama besar dan terkenal bukan sahaja daripada segi populariti malah kekuatan peribadi yang terbaik yang boleh kita jadikan contoh atau ikutan. Tetapi jarang kita dengar atau baca tentang kisah puteri-puteri para sahabat. Mereka ini juga tidak kurang hebat sumbangannya terhadap agama Islam. Kehebatan, kegagahan dan kegigihan mereka boleh menjadi inspirasi untuk golongan muda masa kini.

Selain itu, kisah tentang mereka mampu memartabatkan lagi kaum Hawa dalam agama Islam serta di mata masyarakat umum seluruhnya. Islam telah meletakkan martabat kaum Hawa ini di tempat yang amat tinggi dan mulia. Ini telah dibuktikan dalam Al-Quran dan sejarah Islam itu sendiri.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah puteriputeri para sahabat Rasulullah SAW
  • Keperibadian dan ketokohan wanita dalam sejarah Islam
  • Sumbangan puteri para sahabat terhadap agama Islam
  • Kegigihan, keberanian dan kekuatan peribadi kaum Hawa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Remaja dan belia yang mencari idola berakhlak mulia
  • Pembaca yang berminat dengan sirah dan sejarah Islam
  • Wanita Muslimah yang ingin mengenali tokoh wanita Islam
  • Ibu bapa dan pendidik yang mencari bahan pembentukan sahsiah

Maklumat Buku

  • Penulis: Ahmad Khalil Jama
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675274497
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 8 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan