Maghfirah Pustaka
Sirah Teragung Muhammad SAW
- Regular price
- RM 280.00
- Sale price
- RM 280.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Sirah Teragung Muhammad SAW
Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu’tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku:
Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.
Buku ini sungguh istimewa kerana:
1. Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.
2. Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.
3. Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.
4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Riwayat kehidupan Rasulullah SAW dari kelahiran hingga kewafatan
- Kronologi dakwah dan perkembangan Islam pada zaman Nabi
- Peristiwa penting serta peperangan dalam sirah Nabi
- Peta perjalanan, carta alir dan ringkasan sejarah Rasulullah SAW
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca umum yang ingin mengenali sirah Rasulullah SAW
- Pelajar sekolah, institusi pengajian Islam dan universiti
- Ibu bapa yang mencari bahan bacaan Islamik bergambar
- Guru, pendakwah dan pengajar subjek sirah
Maklumat Buku
- Penulis: Dr Ahmad Hatta
- Penerbit: Maghfirah Pustaka
- ISBN: BBO-2117
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg