• 7412
1

Al-Hidayah

Lelaki-Lelaki Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW (Jilid 2)

Regular price
RM 79.00
Sale price
RM 79.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Lelaki-Lelaki Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW (Jilid 2)

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah “”Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W.””

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka , kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia.

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah kehidupan dan keperibadian para sahabat Rasulullah SAW
  • Kecintaan para sahabat terhadap Islam dan Rasulullah SAW
  • Pengorbanan serta perjuangan menegakkan syiar Islam
  • Ketokohan Abu Bakar AsSiddiq, Umar alKhattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan sahabatsahabat lain

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang ingin mengenali kisah para sahabat Rasulullah SAW
  • Pelajar sekolah, institusi pengajian Islam dan madrasah
  • Individu yang ingin mencontohi akhlak serta kepimpinan sahabat
  • Ibu bapa dan pendidik yang mencari bahan bacaan teladan Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Mahmud al-Misri
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682041
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan