• 7278
1

PTS

The Amazing Rasulullah SAW Sejak Masa Jahiliah Hingga Hijrah Ke Madinah Buku 1

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis The Amazing Rasulullah SAW Sejak Masa Jahiliah Hingga Hijrah Ke Madinah Buku 1

Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah. Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w. Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam. Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya. Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w. Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini. Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam. Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kehidupan Rasulullah SAW sejak zaman Jahiliah
  • Latar belakang dan peristiwa penting sebelum kenabian
  • Dakwah Rasulullah SAW pada peringkat awal
  • Akhlak, keperibadian dan teladan Rasulullah SAW

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan pembaca yang ingin mengenali sirah Rasulullah SAW
  • Ibu bapa yang mencari bahan bacaan agama untuk keluarga
  • Guru dan pendidik subjek Pendidikan Islam
  • Remaja Muslim yang ingin mencontohi akhlak Rasulullah SAW

Maklumat Buku

  • Penulis: Sayf Muhammad Isa
  • Penerbit: PTS
  • ISBN: 9789674814793
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan