• 7781
1

FTIM Designing Centre

Teknik Sulaman Nyonya Kerawang

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Teknik Sulaman Nyonya Kerawang

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English.

Buku yang pertama kalinya mengabungkan 3 tenaga pengajar utama di Malaysia telah membuahkan hasil gaya rekaan serta teknik tersendiri.

Segala jenis teknik adalah dari hasil ilham turun temurun di mana ianya harus diwarisi oleh masyarakat Malaysia amnya.

Sulaman asas Kerawang, Sulaman Nyonya, Sulaman Nyonya Kerawang Halus telah menunjukkan bahawa kreativiti ini dapat disatukan sebagai ilham dalamsemua seni sulaman tangan khususnya.

Sulaman Nyonya dan sulaman Kerawang Halus adalah sama fungsinya, iaitu menghasilkan suatu jahitan halus dan unik di atas fabrik nipis, jarang dan ringan apabila siap disulam.

Kerawang adalah perkataan yang berasal daripada Indonesia yang membawa maksud seni jahitan yang seakan-akan menyerupai kain renda tetapi lebih halus dan rumit pembuatannya, dengan lubang-lubang yang terhasil selepas atau ketika proses sulaman. Sulaman kerawang yang terhasil oleh idea-idea yang kreatif dan menonjol boleh menaikkan lagi harga sesuatu fabrik.

Jenis fabrik yang digunakan pula dari jenis Kasa Rubia, Sifon, Organza Sifon, Organza Satin dan Bawal bermutu tinggi.

Teknik sulaman ini terbentuk dari percubaan dan mutu penghasilan jahitannya di perbaiki dari semasa ke semasa. Sehingga kini, sulaman Nyonya yang berkerawang dihasilkan dalam pakaian mewah dan formal. *****

The fine handwork of Nyonya Embroidery are similar, where both present fine craftsmanship and uniqueness on thin, see-through and light fabrics.

Kerawang is an Indonesian term with no specific translation in English. It is akin to the lace but from finer craftsmanship. Some even call it,

“Cutwork Embroidery”

where holes are made after embroidery work or as a result of the detailing during the embroidery process. Kerawang embroidery produced creatively and looks outstanding can fetch a higher price to the fabric.

The types of fabric used are either from Gauze, Chiffon, Chiffon Organza, Satin Organza and Bawal of good quality.

The Embroidery techniques were created from trial and their quality was improvised from time to time. Until now, Nyonya Embroidery with kerawang exists in formal and fancy attires. *****

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Teknik asas sulaman kerawang
  • Sulaman Nyonya dan sulaman Nyonya kerawang halus
  • Penghasilan jahitan halus pada fabrik nipis dan jarang
  • Jenis fabrik untuk sulaman seperti kasa rubia, sifon, organza dan bawal

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Penggemar sulaman tangan dan seni kraf
  • Pemula yang ingin mempelajari teknik sulaman kerawang
  • Pengusaha pakaian dan aksesori berasaskan sulaman
  • Pelajar serta pengajar bidang fesyen dan tekstil

Maklumat Buku

  • Penulis: Rosita Jaafar
  • Penerbit: FTIM Designing Centre
  • ISBN: 9789834358259
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan