• 9601
1

Karyaseni

King Haidar Oleh Anjell

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis King Haidar Oleh Anjell

Takdir mereka sudah lama terjalin.

Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.

Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!

King Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar.

“You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet.” – Suria Andreana

Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.

“Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa.” – Raja Haidar

Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!

Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.

“Do you trust me, little sun?” – Raja Haidar

Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan dan takdir
  • Perkahwinan penuh rahsia
  • Identiti gelap
  • Pengkhianatan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dengan konflik emosi
  • Peminat kisah perkahwinan penuh rahsia
  • Pembaca yang menggemari watak lelaki misteri dan gelap
  • Peminat genre romantik suspens dan thriller

Maklumat Buku

  • Penulis: Anjell
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691905
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: - inci
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan