• 9541
1

Idea Kreatif

Diego Oleh Fufulieya Mat

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Diego Oleh Fufulieya Mat

Arissa Dania masih berpegang pada janjinya untuk menunggu kepulangan lelaki itu namun sudah 10 tahun berlalu, perlukah dia terus menunggu sesuatu yang tak pasti? Adakah lelaki itu juga setia menunggunya seperti yang dia lakukan atau hanya dia yang bertepuk sebelah tangan? Sungguh, dia sudah mula rasa lelah dengan penantian ini.

"Mana Kak Medina tahu yang dia akan balik tahun ni? Setiap tahun dia cakap dia nak balik tapi dia tak pernah muncul pun." —Arissa Dania

Diego D'Angelo akhirnya pulang demi Arissa tapi dia tahu yang kepulangannya turut membawa rahsia sepanjang 10 tahun perpisahan mereka. Rahsia yang dia berharap Arissa dapat menerimanya.

"Aku ada sebab sendiri kenapa aku tak balik selama ni. No need to think about it too much, Arissa. Yang penting sekarang ni, aku dah ada depan mata kau." —Diego D'Angelo

Saat cinta sedang mekar, ada rahsia yang mula terbongkar. Diego tahu yang Arissa tidak selamat bersamanya dan Arissa tahu yang Diego sembunyikan sesuatu dari dia.

“Kalau kau boleh rampas kekasih aku. Kenapa aku tak boleh rampas Arissa dari kau?" —Denise D'Angelo

"Kamu tak akan selamanya dapat sembunyikan Melody dari Arissa. Melody lebih perlukan kamu sekarang ni, Diego." —Elvis King

Saat semuanya perlahan-lahan terbongkar, ada nyawa yang jadi taruhan, ada hati yang terluka, ada jiwa yang dikhianati and they start to lose their sanity.

"Do you know my fight just to keep you by my side, Arissa? Aku hilang semuanya hanya untuk pastikan kau terus hidup di sisi aku.” – Diego D'Angelo

"How do I trust you again, Diego... when even your love feels like a lie?" —Arissa Dania

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Penantian cinta dan perpisahan selama bertahuntahun
  • Rahsia masa lalu yang disembunyikan daripada pasangan
  • Kepercayaan, pengkhianatan dan kebenaran dalam hubungan
  • Ancaman keselamatan serta taruhan nyawa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dengan konflik emosi yang mendalam
  • Peminat kisah cinta yang diselubungi rahsia
  • Pembaca yang gemarkan tema pengkhianatan dan perebutan pasangan
  • Peminat novel romantik suspens dengan unsur bahaya dan taruhan nyawa

Maklumat Buku

  • Penulis: Fufulieya Mat
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: 9789672803744
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan