• 8765
1

Al-Hidayah

Ruqyah Syar'iyyah

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ruqyah Syar'iyyah

Kehidupan masa kini yang hanya utamakan aspek kebendaan telah mengakibatkan umat manusia mengalami kegersangan mental dan kehampaan rohani di samping lupa bahawa di sebalik apa yang berlaku merupakan kehendak Allah. Mereka akhirnya berjiwa lemah dan tidak mampu lagi menghadapi pelbagai dugaan apatah lagi berserah diri sepenuh hati kepada Allah. Peluang inilah yang digunakan oleh syaitan untuk merasuk ke dalam jiwa seorang manusia.

Apakah penyelesaian syariat Islam bagi menyelamatkan seseorang yang dimasuki gangguan syaitan berupa sihir, kerasukan, guna-guna dan lain-lain? Bagaimanakah cara mengenal pasti yang seseorang itu terkena sihir atau kejiwaan yang lain? Apa pula bacaan-bacaan ruqyah yang dibenarkan Islam?

Buku ini mengajarkan anda bagaimana cara meruqyah diri sendiri, keluarga atau sahabat handai yang terkena sihir atau diganggu syaitan dengan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim dan doa-doa ma’thurat yang hasilnya telah pun terbukti berkesan. Dengan buku ini, anda seakan menjadi tuan guru bagi diri anda sendiri kerana anda tahu bagaimana cara ruqyah, mengubat dan menghalau segala bentuk gangguan iblis dan syaitan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konsep ruqyah syar'iyyah berasaskan alQuran dan doadoa ma’thurat
  • Pengenalpastian gangguan sihir, kerasukan, gunaguna dan gangguan syaitan
  • Panduan meruqyah diri sendiri, keluarga dan sahabat
  • Bacaan ayat alQuran serta doa yang dibenarkan dalam Islam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang ingin mempelajari ruqyah syar'iyyah secara kendiri
  • Keluarga yang berdepan gangguan sihir atau kerasukan
  • Pengamal rawatan Islam dan pembimbing kerohanian
  • Pembaca yang ingin mendalami ayat alQuran serta doa perlindungan

Maklumat Buku

  • Penulis: syaitan untuk merasuk ke dalam jiwa seorang manusia.
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789675274305
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan