Al-Hidayah
Roh Ramadan & Aidilfitri
- Regular price
- RM 5.00
- Sale price
- RM 5.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Roh Ramadan & Aidilfitri
Sesungguhnya, puasa adalah ibadah seorang hamba khusus untuk Tuhannya sehingga menjadi rahsia diantara hamba dengan Khalid-Nya. Makluk lain tidak mengetahuinya melainkan Allah Taala semata-mata. Niat yang tersembunyi hanya Allah saja yang mengetahuinya.
Sebab itu mendekatkan diri pada Allah dengan ibadah puasa adalah suatu hal yang amat sukar pada umat Islam kerana keinginan-keinginan nafsu sentiasa mengahalangnya. Sebab besar ganjarannya di sisi Allah, melebihi dari had ganjaran kebajikan yang lain.
Dengan kesabaran menempuh kesusahan ibadah puasa, membuktikan betapa cinta dan kasihnya seseorang itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Hanya orang yang sabar sahaja yang dapat menahan telinga, mata, mulut dan anggota lahirlah dari melakukan kejahatan, makan dan minum, mendekati isteri di siang hari, serta sabar dari melakukan kejahatan batin seperti hasad, dengki, ria ujub dan sebagainya.
Sebab itu, puasa ada hubungan yang rapat dengan sifat sabar. Orang yang berpuasa mesti bersifat sabar. Orang yang berpuasa dengan akan mendapat pahala puasa tanpa hisab. Allahlah yang layak memberikan pahala sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Hakikat puasa sebagai ibadah khusus antara hamba dengan Allah
- Keikhlasan niat dan hubungan batin dalam berpuasa
- Kesabaran menahan hawa nafsu serta keinginan duniawi
- Menjaga anggota zahir daripada dosa seperti percakapan, pandangan dan perbuatan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang ingin memahami roh dan hikmah ibadah puasa
- Pembaca yang mahu memperbaiki keikhlasan serta niat dalam beribadah
- Umat Islam yang ingin melatih kesabaran dan mengawal hawa nafsu
- Mereka yang mahu menjaga akhlak zahir dan batin sepanjang Ramadan
Maklumat Buku
- Penulis: Musyarawahah
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789839188103
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg