Penulisan2u
Pewaris Takhta Cinta
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Pewaris Takhta Cinta
Kerana cinta papanya, Tan Sri Syed Umar yang tidak kesampaian, SYED ARYAN HAIDAR menjadi galang ganti. Dia mengahwini WAFIYA KHADEEJA hanya untuk memenuhi permintaan terakhir papanya demi menyambung sebuah cinta yang terhalang suatu ketika dulu. Nak kata benci, dia tak rela untuk melepaskan gadis itu pergi. Nak kata sayang, Syed Aryan tidak kesah apabila mamanya memperlakukan gadis itu seperti bola. Kerana menjunjung amanah yang diberi, Wafiya didera mental dan fizikal.
“Perempuan macam kau tak layak mendapat hormat aku. Dan kau tak boleh jatuh cinta dekat mana-mana lelaki termasuk Muzamil dan Haq. Kalau aku nampak kau dengan mana-mana lelaki, tahulah nasib kau.” - SYED ARYAN HAIDAR
“Baiklah. Saya takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun termasuk tuan.” - WAFIYA KHADEEJA
Namun, masa berlalu dengan pantas. Rasa yang mula mekar dalam hatinya menyebabkan Syed Aryan tidak sanggup berpisah dengan gadis itu. Tetapi dendam Puan Sri Sharifah Mastura menghalang rasa itu. Dek tidak sanggup melihat isterinya menjadi mangsa dendam mamanya, Syed Aryan terpaksa berkorban. Ya, berkorban meskipun dia terpaksa menerima kebencian gadis itu!
“Abang tahu Fiya banyak terluka dengan apa yang berlaku. Tapi percayalah sayang, apa yang abang buat adalah untuk Fiya...” - SYED ARYAN HAIDAR
“Lepas tuan dapat apa yang tuan nak, tuan tinggalkan saya seorang diri. Tuan biarkan saya kena halau macam kucing kurap dengan Puan Sri. Itu yang tuan kata tuan lakukan semuanya untuk saya?! Sudahlah, Tuan Ary. Kisah kita dah tamat. Tuan baliklah ke dunia tuan. Jangan ganggu saya lagi.” - WAFIYA KHADEEJA
Mereka disatukan kerana harta, mereka berpisah kerana cinta. Mampukah Syed Aryan meraih kembali cinta Wafiya? Janji Syed Aryan tidak akan pernah berubah meskipun dia harus membuat satu pilihan yang sukar... Menjadi pewaris cinta ataupun pewaris harta?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan paksa demi memenuhi amanah dan permintaan keluarga
- Cinta selepas berkahwin serta konflik emosi antara suami dan isteri
- Dendam keluarga, penderaan mental dan fizikal dalam rumah tangga
- Pengorbanan, salah faham dan usaha mendapatkan semula kepercayaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
- Peminat tema perkahwinan paksa dan hubungan yang bermula dengan konflik
- Pembaca yang suka drama keluarga, dendam dan perebutan harta
- Peminat kisah pengorbanan, salah faham dan penebusan cinta
Maklumat Buku
- Penulis: Siti Khadijah
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789670567372
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg