Al-Hidayah
20 Tips Agar Dicintai Isteri
- Regular price
- RM 12.00
- Sale price
- RM 12.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis 20 Tips Agar Dicintai Isteri
Cinta adalah satu perkara yang murni. la akan menjadi lebih murni jika dilandaskan kepada lunas-lunas Syariat. Sebagaimana perkara-perkara berharga yang lain, cinta tidak akan datang bergolek, sebaliknya ia mesti diburu dan dicari. Tiada ertinya ikatan perkahwinan jika tiada perasaan cinta antara suami dan isteri. Isteri yang solehah pasti tercari-cari formula yang berkesan untuk memahkotakan dirinya di sudut hati suaminya. Namun pada masa yang sama, ramai juga isteri yang kecundang untuk meraih kedudukan ini, lantaran sering terikut-ikut dengan emosi atau hilang pandunan.
Buku yang anda sedang tatapi ini memaparkan 20 tips yang berguna buat panduan para muslim yang idamkan kecintaan dari isteri-isteri mereka. Istimewanya, semua tips tersebut digarapkan dari al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dari pemikiran ahli-ahli falsafah mahupun para pujangga kecintaan yang seringkali kecundang dalam mengejar cinta masing-masing.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cara membina kasih sayang antara suami dan isteri
- Panduan meraih cinta isteri berlandaskan alQuran dan alSunnah
- Akhlak dan adab suami dalam kehidupan berumah tangga
- Pengurusan emosi serta komunikasi dalam perkahwinan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Suami yang ingin mengukuhkan hubungan dengan isteri
- Lelaki Muslim yang bakal mendirikan rumah tangga
- Pasangan suami isteri yang mahu membina keluarga bahagia
- Pembaca yang mencari panduan perkahwinan berlandaskan syariat
Maklumat Buku
- Penulis: Abu Ahmad Fatanah
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830993546
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 5 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg