• 8737
1

Al-Hidayah

Tertib Solat Lima Waktu

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tertib Solat Lima Waktu

Saban hari kita menunaikan solat berdasarkan apa yang kita pelajari daripada ustaz ataupun ustazah. Solat adalah ibadat yang memerlukan pemantapan dan penambahbaikan. Kekhusyukan dalam solat bergantung kepada kekuatan iman kita kepada Allah s.w.t.

Buku “Tertib Solat Lima Waktu” merupakan sebuah buku yang telah mengupas isu-isu solat lima waktu dalam bentuk yang lebih efektif. Ia membincangkan tentang kedudukan solat lima waktu, rukun-rukunnya, syarat-syarat serta tertib-tertib solat lima waktu dalam bentuk yang mudah difahami khususnya kepada mereka yang ingin mempelajari ibadah solat secara bersendirian ataupun untuk tujuan mengajar anakanak mendalami ibadah solat.

Buku ini juga telah memberi panduan-panduan untuk memilih surah-surah selepas membaca Surah al-Fatihah yang dipaparkan mengikut turutan hari. Justeru, memiliki buku ini merupakan satu peluang keemasan dan khazanah yang hebat khususnya untuk memperkasakan diri kita dan anak-anak dengan amalan-amalan solat dengan cara yang betul dan sempurna.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kedudukan dan kepentingan solat lima waktu
  • Syarat wajib, syarat sah dan rukun solat
  • Tertib serta tatacara menunaikan solat lima waktu
  • Panduan bacaan solat dan surah selepas alFatihah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang ingin memperbaiki dan memantapkan ibadah solat
  • Mereka yang baru belajar menunaikan solat lima waktu
  • Ibu bapa yang ingin mengajar anakanak tentang solat
  • Guru, ustaz dan ustazah yang membimbing asas ibadah

Maklumat Buku

  • Penulis: Ust. Seman Haji Ja
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681044
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan