• 4701
1

Al-Hidayah

Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat Dan Puasa Bagi Orang Yang Uzur Syarie Menurut Mazhab Empat

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat Dan Puasa Bagi Orang Yang Uzur Syarie Menurut Mazhab Empat

Masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam sekarang tidak begitu jelas tentang kewajiban ibadah semasa berada dalam keuzuran syarie. Malah ada yang terus meninggalkan ibadah fardu kerana disebabkan keuzuran yang mereka hadapi, sedangkan ibadah fardu seperti solat fardu itu wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan yang membolehkan bersolat seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis. Maka adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk wajib menunaikan ibadat yang difardukan ke atas mereka sebagai mematuhi perintah Allah s.w.t terhadap hambanya yang mukallaf. Ibadat yang ditunaikan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut kemampuan masing-masing tanpa ada alasan untuk tidak melakukannya walaupun berada dalam situasi uzur, sakit, cedera dan sebagainya. Sebagai contoh, segelintir pesakit yang berada di wad-wad hospital tidak menunaikan solat, dengan alasan tidak tahu cara-cara bersuci dan solat bagi pesakit. Sedangkan dalam syarak telah wujud tatacara bersuci dan solat bagi orang yang uzur atau sakit boleh dijadikan panduan atau rujukan. Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan bagi member panduan dan rujukan umum kepada masyarakat khususnya bagi orang yang uzur atau sakit untuk menunaikan ibadat. Moga-moga dengan pencerahan dan penjelasan yang disampaikan di dalam buku dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konsep keuzuran syarie dan kewajipan ibadah bagi orang uzur
  • Tatacara bersuci bagi pesakit dan individu yang mengalami keuzuran
  • Panduan menunaikan solat mengikut kemampuan orang sakit atau cedera
  • Hukum dan pelaksanaan puasa bagi orang yang uzur menurut mazhab empat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pesakit dan individu yang mengalami keuzuran atau kecederaan
  • Penjaga, ahli keluarga dan waris pesakit
  • Petugas perubatan serta pengurusan hospital
  • Pelajar pengajian Islam dan bidang syariah

Maklumat Buku

  • Penulis: Mohd Allnurulhuda bin Ghazali Al-Madani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390365
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: - inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan