• 9437
1

IMAN

Bayang Sofea Oleh Teme Abdullah

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bayang Sofea Oleh Teme Abdullah

“Do you really think you can run from us, Sofea?”

Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.

Namun, pertemuan dengan Danny — seorang atlet tinju tersohor — mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.

Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.

“Anda bukan siapa-siapa tanpa kita. Kita lebih dekat daripada bayang anda, Sofea.”

Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.

“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”

Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Organisasi misteri dan konspirasi tersembunyi
  • Manipulasi, ugutan dan kawalan terhadap individu
  • Dilema moral antara mematuhi arahan atau mempertahankan prinsip
  • Ancaman terhadap nyawa dan keselamatan orang tersayang

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang gemar novel thriller dan suspens
  • Peminat cerita berkisarkan konspirasi serta organisasi rahsia
  • Pembaca yang menikmati konflik psikologi dan dilema moral
  • Peminat watak utama wanita yang berani menghadapi ancaman

Maklumat Buku

  • Penulis: Teme Abdullah
  • Penerbit: IMAN
  • ISBN: 9786297665122
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan