Penerbit X
Siri Cerita Hantu : Puaka Kereta Sewa
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Siri Cerita Hantu : Puaka Kereta Sewa Oleh Lavender Biru, Ruby Annas, Sabrina Ismail
Siri Cerita Hantu : Puaka Kereta Sewa karya Lavender Biru, Ruby Annas, Sabrina Ismail membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Julia. Tiba-tiba kain putih yang melekap di tingkap terbang melayang pergi. Namun, apabila Julia mengalihkan pandangan ke hadapan semula, sekali lagi dia menjerit lantas menekan pedal brek rapat ke lantai. Berderit bunyi tayar kereta menggeser jalan. Di hadapan
Sinopsis Novel Siri Cerita Hantu : Puaka Kereta Sewa
Tiba-tiba kain putih yang melekap di tingkap terbang melayang pergi. Mimi dan Julia saling memandang.
“Alhamdulillah,”
ucap Julia sedikit lega. Namun, apabila Julia mengalihkan pandangan ke hadapan semula, sekali lagi dia menjerit lantas menekan pedal brek rapat ke lantai. Berderit bunyi tayar kereta menggeser jalan. Enjin kereta tiba-tiba mati.
Di hadapan kereta sewa mereka, ada bungkusan putih yang berpunjut dan berdiri tegak di situ.
“Puchong,”
ujar Julia perlahan dengan suara yang menggeletar.
“Pocong. Puchong kat Selangor, gila.” Mimi membetulkan, dengan suara yang ikut membisik dalam menggeletar.
Makhluk itu bergerak-gerak seperti mahu melepaskan diri daripada ikatan kain putih yang membalutnya. Selepas seketika ia diam. Kemudian ia bergerak-gerak semula dan melompat ke arah mereka berdua!
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Siri Cerita Hantu : Puaka Kereta Sewa
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.