• 8912
1

Dear Novels

Noah Tan

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Noah Tan Oleh Anna Milia

Noah Tan karya Anna Milia membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Noah. Noah membaling botol kosong ke dinding. Janet yang sedang memasak meluru ke bilik adiknya. Mata menangkap deraian kaca di atas lantai. Dia memerhatikan pula sekeliling bilik. Jangan sampai aku hantar kau ke pusat pemulihan.” Janet menegur dengan suara keras

Sinopsis Novel Noah Tan

Noah membaling botol kosong ke dinding. Berderai kaca jatuh ke lantai.

Janet yang sedang memasak meluru ke bilik adiknya. Apa pula kali ni?

Janet menolak pintu. Mata menangkap deraian kaca di atas lantai. Dia memerhatikan pula sekeliling bilik. Macam tongkang pecah.

Ini bukan Noah yang dia kenal.

“Aku dah banyak bersabar dengan kau. Jangan sampai aku hantar kau ke pusat pemulihan.”

Janet menegur dengan suara keras dalam bahasa mandarin bersulam bahasa Inggeris. Sakit hati betul dengan adiknya yang seorang ini. Menyusahkan.

Janet keluar.

Noah menarik nafas lega. Tapi sekejap sahaja amannya. Janet datang semula bersama penyapu dan penyodok.

“Baba pun dah tak kuasa nak layan kau. You’re a spoil brat!” Mulut Janet sama tangkas dengan pergerakan tangannya.

Noah menggeleng. Dengar suara minah ni, dia lagi serabut. Rambut diramas kasar.

“Mind your own business. Just leave me alone!” Noah meninggikan suara.

Dia mengambil sebotol lagi arak yang berada di atas meja sisi katil.

Janet menghampiri. Botol itu dirampas. Apabila Noah cuba mengambilnya, Janet menyembunyikan botol di belakang tubuhnya.

Masing-masing mencerlung.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Noah Tan

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Anna Milia

  • Setelah Terlafaznya Akad
  • Akhiri Penantianku
  • Akhiri Penantianku
  • Andai Benar Milikku
  • Setelah Terlafaznya Akad 2