Shakespot
Damping
- Regular price
- RM 17.90
- Sale price
- RM 17.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Damping Oleh Zulkifli Ahmad Idrus
Damping karya Zulkifli Ahmad Idrus membawa pembaca menjelajah dunia imaginasi dan pengembaraan. Kisah ini berpusat pada Zaki. Semua budak kecil amat menyenangi Zaki. Hatta ketika sedang menangis sekalipun, hulurlah kepada Zaki, tidak sampai lima minit, tangisan anak itu akan reda. Namun, di mata mereka yang mempunyai indera keenam, pemujuk anak-anak kecil itu sebenar bukan Zaki. Ada
Sinopsis Novel Damping
Semua budak kecil amat menyenangi Zaki. Hatta ketika sedang menangis sekalipun, hulurlah kepada Zaki, tidak sampai lima minit, tangisan anak itu akan reda. Itulah kelebihan Zaki... secara lahiriah. Namun, di mata mereka yang mempunyai indera keenam, pemujuk anak-anak kecil itu sebenar bukan Zaki. Ada makhluk lain yang mendampinginya.
Dan makhluk itu memerlukan bantuannya bagi melerai perpisahan lebih 40 tahun. Bagi merungkai rahsia lebih 40 tahun lalu bukan mudah.
Tentangan nenek kebayan, mawas puaka, orang minyak dan puntianak belaan saudaranya, menyebabkan Zaki terpaksa memohon bantuan daripada rakan lama yang mempunyai indera keenam. Dengan gabungan tenaga mereka, Zaki cuba merungkai misteri yang membelenggu keluarganya dan membebaskan dirinya daripada pendamping... sebelum semua ini cuba meragut nyawanya.
Damping adalah novel seram pertama penulis siri Mata Tak Berhijab ini, yang masih didasarkan daripada gabungan beberapa kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling dan penampakan yang dilihat beliau sendiri
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel Damping
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.