• 6641
1

Buku Prima

Tingkat 15 Oleh Ami Amira

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tingkat 15 Oleh Ami Amira

Hafeez mula diganggu sejak dia pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam. Bermula daripada itulah dia sering dihantui satu mesej bertulis yang memintanya membebaskan sesuatu yang dikurung di tingkat 15. Kehidupan Yana serta bapanya, Johari turut diganggu pada setiap malam setelah berpindah ke flat 15 tingkat. Selepas Manaf hampir dibunuh oleh Pak Karim, Hafeez tekad untuk membebaskan satu roh manusia yang didakwa dikurung di tingkat 15 selama tujuh tahun. Namun selepas pembebasan roh yang bernama Hafira, pelbagai kejadian serta gangguan misteri berlaku di flat itu sehingga menyebabkan kematian akibat tidak menghormati ‘tempat keras’ itu. Manakala Pak Karim masih merancang untuk membunuh Manaf serta mereka yang mengetahui perkara sebenar seperti Hafeez, Yana dan Johari. Apakah perkara yang telah diketahui sehingga Pak Karim sebagai pengerusi flat sanggup membunuh mereka? Adakah Pak Karim berjaya melakukannya? Siapakah Yusoff dan apa kaitannya dengan Pak Karim?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Gangguan paranormal dan kejadian misteri di sebuah flat 15 tingkat
  • Roh Hafira yang dikurung selama tujuh tahun
  • Rahsia gelap serta konspirasi Pak Karim sebagai pengerusi flat
  • Ancaman pembunuhan terhadap Hafeez, Yana, Johari dan Manaf

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel seram tempatan
  • Peminat kisah hantu, roh dan gangguan paranormal
  • Pembaca yang menyukai misteri berlatarkan flat atau bangunan terbiar
  • Peminat cerita thriller dengan unsur pembunuhan dan konspirasi

Maklumat Buku

  • Penulis: Ami Amira
  • Penerbit: Buku Prima
  • ISBN: 9789674464820
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan