• 1172
1

Kaki Novel

Akukah Juwita? Oleh Rina Farizq

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Akukah Juwita? Oleh Rina Farizq

Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.

Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.

Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.

Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?

“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta tiga segi dan persaingan antara beberapa lelaki yang mengejar hati Minah.
  • Hubungan benci tetapi cinta antara Minah dan Gaban, termasuk usikan serta pergaduhan yang mencuit hati.
  • Tekanan keluarga dan masyarakat terhadap soal jodoh, pinangan serta perkahwinan.
  • Keberanian Minah meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan dan membina kehidupan di Kuala Lumpur.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik komedi Melayu.
  • Pembaca yang suka kisah cinta tiga segi dan perebutan hati.
  • Pembaca yang menikmati watak lelaki dan wanita dengan hubungan suka bergaduh tetapi saling menyayangi.
  • Pembaca yang meminati cerita tentang kehidupan kampung, penghijrahan ke Kuala Lumpur dan pencarian jodoh.

Maklumat Buku

  • Penulis: Rina Farizq
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067907
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan